top of page

Pembiayaan PPT

Siapakah yang layak?

Anak-anak Melayu dan Anak negeri Sabah/Sarawak
di bandar dan luar bandar yang berpendapatan (gaji kasar)
ibubapa KURANG dari RM5,000 sebulan

Apakah kod program yang akan ditawarkan?

BA002, AS002, AS007

Jenis Pembiayaan

Designer.jpeg
  • Percuma Yuran Pengajian

  • Percuma Kolej Kediaman

  • Elaun Sara Hidup Sepanjang Tempoh Pengajian Daripada RM 860 Sehingga RM 1700 (1 Semester)

Amanah dan Tanggungjawab Penerima

Pembiayaan PPT diperolehi melalui wakaf/ sedekah/ derma daripada individu atau organisasi yang ingin melihat anak-anak Melayu/ Sabah/ Sarawak tidak tercicir dalam pendidikan tinggi di Malaysia. Justeru itu, adalah menjadi AMANAH dan TANGGUNGJAWAB pelajar yang mendapat pembiyaan ini untuk berusaha dan belajar bersungguh-sungguh sehingga tamat pengajian Pra-Diploma UiTM dan berjaya mendapat tempat ke Diploma UiTM.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

إِنَّا عَرَضْنَا ٱلْأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱلْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا ٱلْإِنسَٰنُ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومًۭا جَهُولًۭا

 

Ertinya: "Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." (QS. Al-Ahzab: 72)

shake hands, show only their hands.jpg
bottom of page