top of page

Soalan-soalan Lazim

1. Apa akan terjadi jika saya tidak mengisi SUFO?

Keputusan peperiksaan akhir pelajar akan ditahan.

​

​

2. Apakah kesan yang akan saya hadapi jika terlupa mengisi borang penerapan ke Diploma?

Pelajar tidak akan ditawarkan untuk melanjutkan pengajian Diploma pada semester berikutnya.

​

​

3. Bagaimana jika saya terlupa mengisi Entrance Survey di awal semester?

Pelajar tidak boleh mengisi Exit survey dihujung semester dan keputusan peperiksaan akhir akan ditahan.

​

​

4. Apakah tindakan yang akan saya terima jika tidak membuat Clearance sebelum meninggalkan kampus?

Keputusan peperiksaan akhir pelajar akan ditahan. Bagi pelajar AS002/AS003 pula tidak akan ditawarkan kolej kediaman pada semester seterusnya.

​

​

5. Ibubapa saya terlupa membayar yuran pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. Apakah kesannya kepada saya?

Status sebagai pelajar berdaftar UiTM akan digugurkan dan ibubapa perlu membayar yuran beserta denda untuk mengembalikan status pelajar berdaftar untuk anak mereka.

​

​

6. Adakah saya perlu memuat turun (download) keputusan peperiksaan akhir semester?

Iye. Pelajar perlu memuat turun, simpan, dan/ atau mencetak keputusan peperiksaan mereka untuk kegunaan di masa akan datang. Keputusan peperiksaan juga perlu DISAHKAN oleh HEA UiTMCPP  sebagai bukti semasa membuat permohonan pengecualian (excemption) UED102.

​​

​

7. Saya adalah pelajar program BA002 (atau AS002, AS007) dan tidak perlu membayar yuran kolej kediaman. Adakah saya perlu membayar peralatan elektrik yang didaftarkan? Apakah kesannya jika saya tidak membuat bayaran?

Iye, perlu. Jika tidak membuat bayaran, keputusan peperiksaan akhir akan ditahan.

​​​

​

8. Saya adalah pelajar BA002 (atau BA003, AS007, AS008) dan telah gagal satu kursus. Adakah saya boleh menyambung pengajian ke Diploma?

 Pelajar  perlu mendaftar peperiksaan khas (Supp Paper) sejurus selepas keputusan peperiksaan diumumkan, membayar yuran peperiksaan khas dan pengaktifan pelajar. Sekiranya, pelajar lulus peperiksaan khas, pelajar akan ditawarkan melanjutkan pengajian ke diploma mengikut pilihan yang telah beliau lakukan.

​​

​

9. Saya adalah pelajar AS002 (atau AS003), mendapat CGPA 2.20 tetapi, gagal salah satu kursus. Adakah saya layak menyambung pengajian ke Semeser 2?

​Iye, masih layak. Namun pelajar WAJIB mendaftar dan mengulang kursus yang gagal BERSAMA-SAMA kursus lain pada semester 2.​

​

bottom of page