top of page
Minimalist Family Three Photo Collage (1).png

Pra Pendidikan Tinggi
UiTM Pulau Pinang

Image by Aaron Burden

Selamat Datang

Latar Belakang

Program Pra Pendidikan Tinggi UiTM ini dahulunya adalah program yang dikenali sebagai Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Program ini berteraskan kepada falsafah universiti yang percaya bahawa bahawa seseorang individu itu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu dan penerapan nilai-nilai murni.

Misi

Menjuarai pembangunan bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak.

ppt 2.jpg

Tanggungjawab Pelajar PPT UiTMCPP

Minggu Destini Siswa (MDS) dan EDU 5.0

Pelajar baru wajib mengikuti MDS (anjuran HEP UiTMCPP) dan EDU 5.0 (anjuran HEA UiTMCPP) sebelum memulakan kuliah pada minggu berikutnya.

​

Minggu 1 - Minggu 2

​1. Menyerahkan salinan dokumen penting seperti salinan sijil lahir ibu bapa, salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik dan lain-lain yang telah dusahkan.

2. Mendaftar KURSUS melalui Student i-portal. (17 Mac - 11 April 2025)

3. Mendaftar Kolej Kediaman dalam masa 3 hari setelah mendaftar ke Kampus.

4. Mendaftar peralatan elektrik yang dibawa ke kolej. Satu peralatan adalah RM10.

5. Beli no pin BSN dan isi borang PENERAPAN DIPLOMA. (24 Mac - 13 April 2025)

​

Minggu 1 - Minggu 5

1. Isi ENTRANCE survey melalui UFUTURE. (24 Mac - 27 April 2025)​

2. Bayar yuran pengajian dan yuran kolej. (Tarikh akhir bayar yuran 30 April 2025)

​

Minggu 12 - Minggu 1 Exam 

1. Isi EXIT survey dan SUFO melalui UFUTURE. (23 Jun - 27 Julai 2025)

2.  Menyemak JADUAL peperiksaan akhir melalui Student i-portal.

3. Mencetak SLIP menduduki peperiksaan melalui Student i-portal.

​

Sebelum meninggalkan kampus (24 jam selepas tamat peperiksaan terakhir)

1. Mengisi borang CLEARANCE kolej melalui pautan di dalam Student i-portal.

2. Memulangkan kunci bilik di kolej kediaman.

3. Membuat bayaran bil barang elektrik yang telah didaftarkan.

 

PERATURAN AKADEMIK PRA DIPLOMA UITM (PINDAAN 2022. BIL 1) 

 

​​​​​

Summary Kalendar akademik 20252_page-0001.jpg
Capture3.PNG

Penerapan ke Program Diploma

Pelajar Pra Diploma yang Lulus Naik Taraf (LNT) dengan minimum CGPA 2.00 dalam peperiksaan akhir layak ditawarkan ke program diploma yang dipohon pada semester berikutnya. Tertakluk kepada program syarat am dan khas program diploma yang telah ditetapkan.

​

​​

Capture.PNG
Capture2.PNG

Alumni Talk...

Apa kata mereka yang telah tamat pengajian pra diploma dan kini sedang melanjutkan pengajian ke Diploma atau Sarjana Muda.

Azzam

Diploma Sains

(UiTM Tapah)

"Pra diploma ini adalah 1 program yang bagus untuk sesiapa yang tidak dapat tawaran UPU ataupun ingin bertukar course seperti akaun ke fizik kimia.
Selama menjalani program pra diploma ini, saya rasa best dan lecturer di uitm pulau pinang pon semunya baik ii dan pandai mengajar. Jika sesiapa yang masuk program ini mesti akan lulus insyallah dan dapat menjalani diploma yang korang suka."

Muhammad Nurhilman

Bachelor of Information System (Hons.) Intelligent System engineering

"Program in sangat membantu saya untuk melanjutkan ke bidang yang saya inginkan."

Alya Sarfina

Diploma Teknologi Makmal Perubatan

(Kampus Bertam)

“Pra-Diploma UiTM bantu saya tukar haluan dari akaun ke sains kesihatan. Buat pelajar baru, jangan takut mencuba. Teruskan usaha pasti berjaya!"
bottom of page